KEDUDUKAN METODOLOGI DALAM DAKWAH
Jika dilihat secara kasar, dakwah Islamiah terbahagi kepada dua kompenan, iaitu isi kandungan atau ajaran yang hendak di sampaikan kepada sasaran dan cara untuk menyampaikan ajaran tersebut yang disebut metodologi.

Berdasarkan pembahagian tersebut, maka metodologi adalah satu perkara yang penting dalam dakwah kerana metodologi merupakan penggunaan cara yang teratur dalam penyampaian ajaran dakwah untuk mempengaruhi sasaran. Sesuatu pengajarsn walaupun baik, susah untuk diterima oleh sasaran jika cara penyampaian tidak sesuai, apalagi jika cara penyampaian itu tidak betul.

Kalaulah dilihat kepada perkara-perkara yang wujud pada alam ini semuanya mempunyai cara yang tertentu : bagaimana cara ia diciptakan, bagaimana cara ia dihapuskan, bagaimana ia digerakkan, bagaimana ia dihentikan dan berbagai-bagai lagi. Hubungan antara sesuatu benda dengan cara dalam kehidupan di dunia ini sangat rapat, apalagi kalaulah benda itu besar. Oleh kerana dakwah itu besar dan mulia, maka sudah tentu ia tidak terpisah daripada caranya yang tersendiri (Muhammad Husain, t.t : 12-15).

Keperluan cara dalam dakwah lebih jelas jika dilihat kepada kedudukan Islam yang hendak disampaikan kepada sasaran. Islam adalah satu agama yang agung dan mulia. Ia datang dari Allah taala untuk manusia. Ia terlalu indah dan suci. Sebagaimana rasul-rasul sebelumnya, baginda Rasulullah menyampaikan agama ini kepada masyarakatnya dalam keadaan jelas dan terang, kerana itulah tugas baginda dan tugas para rasul dalam dakwah masing-masing. Firman Allah : maksudnya,

"Dan kewajipan kami tidak lain hanyalah menyampaikan (pengajaran) dengan jelas". (Surah Yassin : 17)
0 Responses

Post a Comment

  • About Me

    My photo
    Blog ini ditulis bertujuan mempelajari sedikit sebanyak selok-belok dalam menghasilkan sebuah blog yang baik dan memberi manfaat kepada penulisnya. Harapan agar sahabat boleh memberi tunjuk ajar agar penulis berpeluang memiliki sebuah blog yang tidak kurang hebatnya seperti hacker-hacker di Malaysia.



    Search This Blog

    Followers