SUMBER METODOLOGI DAKWAH
Metod dakwah adalah satu warisan. Ia wujud bersama wujudnya usaha dakwah yang telah dilakukan olen Nabi s.a.w khususnya.

Dari penjelasan sebelum ini dapat dilihat betapa pentingnya metod bagi sesuatu dakwah. Persoalan yang timbul dari manakah datangnya metod itu? Metod lahirnya dari dua sumber yang tidak dapat dipertikaikan lagi iaitu al-Quran dan Hadith.

Zaydan menjelaskan bahawa sumber metodologi dakwah itu datangnya dari al-Quran, al-Sunnah, perjalanan hidup tokoh-tokoh terdahulu, ijtihad ahli Feqah dan pengalaman atau percubaan. Namun, sumber pokok kepada metod dakwah mengandungi tiga sahaja iaitu :

1. Al-Quran.
2. Al-Sunnah.
3. Pengalaman berdasarkan keadaan sasaran.
KEDUDUKAN METODOLOGI DALAM DAKWAH
Jika dilihat secara kasar, dakwah Islamiah terbahagi kepada dua kompenan, iaitu isi kandungan atau ajaran yang hendak di sampaikan kepada sasaran dan cara untuk menyampaikan ajaran tersebut yang disebut metodologi.

Berdasarkan pembahagian tersebut, maka metodologi adalah satu perkara yang penting dalam dakwah kerana metodologi merupakan penggunaan cara yang teratur dalam penyampaian ajaran dakwah untuk mempengaruhi sasaran. Sesuatu pengajarsn walaupun baik, susah untuk diterima oleh sasaran jika cara penyampaian tidak sesuai, apalagi jika cara penyampaian itu tidak betul.

Kalaulah dilihat kepada perkara-perkara yang wujud pada alam ini semuanya mempunyai cara yang tertentu : bagaimana cara ia diciptakan, bagaimana cara ia dihapuskan, bagaimana ia digerakkan, bagaimana ia dihentikan dan berbagai-bagai lagi. Hubungan antara sesuatu benda dengan cara dalam kehidupan di dunia ini sangat rapat, apalagi kalaulah benda itu besar. Oleh kerana dakwah itu besar dan mulia, maka sudah tentu ia tidak terpisah daripada caranya yang tersendiri (Muhammad Husain, t.t : 12-15).

Keperluan cara dalam dakwah lebih jelas jika dilihat kepada kedudukan Islam yang hendak disampaikan kepada sasaran. Islam adalah satu agama yang agung dan mulia. Ia datang dari Allah taala untuk manusia. Ia terlalu indah dan suci. Sebagaimana rasul-rasul sebelumnya, baginda Rasulullah menyampaikan agama ini kepada masyarakatnya dalam keadaan jelas dan terang, kerana itulah tugas baginda dan tugas para rasul dalam dakwah masing-masing. Firman Allah : maksudnya,

"Dan kewajipan kami tidak lain hanyalah menyampaikan (pengajaran) dengan jelas". (Surah Yassin : 17)
DEFINISI METODOLOGI DAKWAH
METODOLOGI BERASAL DARI PERKATAAN METODE. METODE (METOD) BERERTI CARA MELAKUKAN SESUATU SISTEM (ISKANDAR, 1986 : 763). IA BERASAL DARI BAHASA INGGERIS (METHOD) YANG BERERTI SISTEM, ATURAN, ATAU KAEDAH (DBP 1985 : 781). PEMAKAIAN METODE DALAM BAHASA MELAYU DAN INGGERIS SAMA ERTINYA.

TERDAPAT BEBERAPA PERKATAAN DALAM BAHASA ARAB YANG SANGAT DEKAT PENGERTIANNYA DENGAN METODE. PERKATAAN-PERKATAAN ITU IALAH USLUB, MANHAJ, DAN JUGA WASILAH. DALAM BAHASA ARAB, USLUB BERERTI JALAN ATAU CARA (LOUIS, CET. 19 : 343). IA ADALAH CARA MEMBENTUK ATAU CARA MENGGUNAKAN SESUATU ATAU CARA-CARA TERTENTU UNTUK MELAKUKAN SESUATU PEKERJAAN (AL-ZAIN, 1985 : 352).

MENGIKUT PENGISTILAHAN BIASA DALAM DAKWAH, USLUB DAKWAH IALAH PENYAMPAIAN KANDUNGAN ATAU ISI DAKWAH DENGAN IBARAT DAN BENTUK YANG TERTENTU (MAWFAL, 1977 : 189). JIKA USLUB BERERTI CARA MEMBENTUK, CARA MENGGUNAKAN SESUATU ATAU CARA-CARA TERTENTU UNTUK MELAKUKAN SESUATU PEKERJAAN (AL-ZAIN, 1985 : 352), MAKA USLUB DAKWAH BERERTI CARA UNTUK MELAKUKAN DAKWAH. MANAKALA MANHAJ ATAU MINHAJ BERERTI JALAN ATAU CARA (LOUIS, CET. 19 : 841). ADAPUN WASILAH BERERTI MEDIA ATAU SALURAN PENYAMPAIAN KANDUNGAN DAKWAH YANG ANTARANYA MELALUI MEDIA MASSA (NAWFAL, 1977 : 189). BAGI GHALUSH, WASILAH BUKAN SAHAJA BERMAKNA SALURAN, TETAPI LEBIH MEMBERI ERTI USLUB ITU SENDIRI. DENGAN ITU, SELAIN DARIPADA BERERTI SALURAN, WASILAH JUGA BERERTI USLUB ATAU CARA PENYAMPAIAN KANDUNGAN (GHALUSH, T.T : 275).
KATA-KATA HIKMAH
"KEBANYAKKAN ORANG YANG GAGAL DALAM KEHIDUPAN ADALAH INDIVIDU YANG TIDAK MENYEDARI BETAPA HAMPIRNYA MEREKA DENGAN KEJAYAAN TATKALA MEREKA MULA MENYERAH KALAH".

"MANISKANLAH WAJAH ANDA KEPADA SESIAPA SAJA, NESCAYA ANDA AKAN MENDAPAT CINTA KASIH MEREKA. HALUSKANLAH TUTUR KATA ANDA, PASTI MEREKA AKAN MENCINTAI ANDA. DAN TAWADHU'LAH TERHADAP MEREKA, PASTI MEREKA AKAN MENGHORMATI ANDA".

"KETAHUILAH, KEMAMPUAN MENANGGUNG CUBAAN AKAN MENGUBURKAN KEAIBAN. KESALAHAN DAPAT MENUTUPI KESALAHAN. KEDERMAWANAN ADALAH PAKAIAN YANG DAPAT MENUTUP AIB DAN CELAAN".

"KEBAIKAN AKAN MENAKLUKAN ORANG YANG MERDEKA, SIKAP BAIK AKAN MENGIKAT HATI, KETABAHAN AKAN MENEKAN MUSUH, DAN KESABARAN AKAN MEMATIKAN BARA".

DARIPADA : DR. 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI, PENTERJEMAHAN OLEH : MUHAMMAD HUZAIFAH
  • About Me

    My photo
    Blog ini ditulis bertujuan mempelajari sedikit sebanyak selok-belok dalam menghasilkan sebuah blog yang baik dan memberi manfaat kepada penulisnya. Harapan agar sahabat boleh memberi tunjuk ajar agar penulis berpeluang memiliki sebuah blog yang tidak kurang hebatnya seperti hacker-hacker di Malaysia.



    Search This Blog

    Followers