SEGMEN HADIS 1 : AL-QURAN HANYA TINGGAL TULISAN
Dipetik dari buku : "50 HADIS MENCERITAKAN DUNIA AKHIR ZAMAN", terbitan, PUSTAKA SYUHADA', karangan, DRS. H. SYAHRIN NASUTION.

Hadis 18, m/s 46 :

Dari Ali r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sudah hampir tiba suatu zaman, yang mana ketika itu tidak ada lagi yang ada dalam Islam kecuali namanya sahaja, tidak ada yang tinggal dalam al-Quran kecuali tulisannya. Masjid mereka ketika itu megah tetapi kosong daripada petunjuk. Ulama' mereka merupakan makhluk paling jahat di bawah kolong langit. Dari mereka (ulama' itu) keluar fitnah dan kepada mereka juga kembalinya". (HR. AL-BAIHAQI)
METOD UNTUK MENARIK PERHATIAN SASARAN
Selain daripada metod-metod yang telah disebutkan terdapat satu metod yang tujuannya untuk menarik lebih perhatian sasaran dalam dakwah yang dilakukan. Metod tersebut adalah sebagaimana berikut :

Persembahan yang cantik

Dakwah harus dipersembahkan kepada sasaran dalam bentuk yang cantik, sama ada dari sudut lahir atau batin. Sebabnya, sudah menjadi tabiat manusia sukakan benda-benda yang cantik.

Mengemukakan sesuatu pemikiran dengan label-label baru

Keadaan ini disebabkan setiap yang baru itu menarik perhatian. Maka, kalaulah pendakwah boleh mengemukakan perkataan-perkataan, istilah-istilah, bentuk-bentuk dan susunan-susunan baru, ia lebih menarik perhatian sasaran terhadap dakwah yang disampaikan, kerana tabiat manusia itu sukakan benda-benda yang baru.

Bersimpati dengan masalah-masalah sasaran

Dakwah juga harus menyelitkan isu-isu simpatinya kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh sasaran. Hal ini beerti bahawa naluri manusia dan keperluannya hendaklah dimasukkan ke dalam isu-isu dakwah.

Mengemukakan isu tepat pada waktunya

Sesuatu isu lebih mendapat perhatian jika dikeutarakan tepat pada permasalahan yang terjadi.

Menonjolkan unsur-unsur perlu

Sasaran akan mengambil perhatian sekiranya sesuatu unsur itu adalah merupakan suatu keperluan dalam kehidupan. Ia juga bermaksud unsur itu berkait rapat dengan keperluan semasa.

Berdasarkan psikologi

Psikologi adalah keperluan dalam berdakwah kerana ia saling berhubung antara uslub untuk mempengaruhi jiwa dan perasaan manusia.

Penguasaan ilmu yang luas

Ilmu yang pelbagai terutamanya dalam isu-isu semasa mampu menarik perhatian kerana, ia dikatakan cara yang paling berkesan menyentuh peribadi dan jiwa seseorang sungguhpun bukan semua.
ASAS METOD DAKWAH
Metod dakwah ialah cara atau pendekatan dakwah untuk membolehkan sasaran menerima sesuatu dakwah dengan kefahaman yang jelas dan kesedaran yang penuh, tanpa rasa paksaan, tekanan dan tertipu. Dengan itu, asas metod dakwah sebagaimana berikut :

1. Penjelasan yang nyata dan jelas.
2. Berperingkat-peringkat.
3. Mudah.
4. Menjinakkan.
5. Adanya sebab di sebalik sesuatu suruhan dan larangan.
6. Bersesuaian dengan keadaan sasaran.
  • About Me

    My photo
    Blog ini ditulis bertujuan mempelajari sedikit sebanyak selok-belok dalam menghasilkan sebuah blog yang baik dan memberi manfaat kepada penulisnya. Harapan agar sahabat boleh memberi tunjuk ajar agar penulis berpeluang memiliki sebuah blog yang tidak kurang hebatnya seperti hacker-hacker di Malaysia.

    Search This Blog

    Followers