SEDARKAH KITA???


Sahabat...indahnya menara Dubai, Dubai adalah salah satu kawasan yang paling popular di UAE. Teknologi dan ekonominya maju setaraf negara-negara barat yang lain. Dubai terkenal dengan sumber petroleum dan gas asli yang tinggi. Ini terbukti apabila hampir 37 bilion setahun sumber itu menyumbang kepada ekonominya. Pembangunan yang dikecapinya hari ini cukup mewah dan membanggakan. Perdana Menterinya kini Mohammed Rashid al-Maktoum dalam rancangan membawa Dubai berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama negara-negara maju lain seperti England dan Britain. Namun, apa yang ingin disampaikan di sini sahabat...cuba kita perhatikan setiap mercu menara yang gah di sana, seolah-olah menyerupai satu biji mata yang ditafsirkan sebagai mata Dajjal. Adakah ia benar atau tidak, atau sekadar perasaan kita...jika sahabat ingin tahu, hampir 80% arkitek yang membangunkan Dubai diimport dari negara barat yang tidak mahu melepaskan peluang meletakkan bersama unsur-unsur binaan yang menghina Islam. Sahabat, ingatlah, musuh Islam tidak lagi dapat mengatasi Islam melalui peperangan, mereka hanya sekadar mampu secara sembunyi...sedarkah kita akan semua ini. Benarkah Dubai sebuah negara Islam yang telah dicemari unsur-unsur sebegini...sahabat renungkanlah sendiri, tepuk dada tanyalah Iman...
SEGMEN HADIS 2 : AGAMA ISLAM KEMBALI ASING
Dipetik dari buku, penerbit dan karangan seperti yang tertulis di segmen hadis pertama.

Hadis 10, m/s 25 :

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda,

"Agama Islam pada mulanya dianggap asing dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang yang tergolong asing". (HR. MUSLIM)
BUKU PALING BEST


Buku ini adalah buku yang paling best untuk dibaca oleh semua golongan dalam menambahkan ilmu pengetahuan kita mengenai hukum-hakam Fiqah semasa. Ia mudah difahami dan banyak nas-nas yang dinyatakan bersama. Bagi saya yang sudah pun mendapatkannya memang tidak menafikan ia banyak membantu dalam melakukan ibadah harian berlandaskan cara yang betul dan mengikut syariat Islam. Mengandungi 29 bab yang ditulis secara ringkas dan jelas seperti bab bersuci, solat, jenazah, talak dan sebagainya. Dato' Dr. Haron Din merupakan seorang ulama' yang terkenal dan tidak ada keraguan dalam membincangkan hukum-hakam Fiqah. Beliau antara ulama' Fiqah yang menjadi idola saya. BACA JANGAN TAK BACA!!!
PENGALAMAN DAKWAH DI PENJARA SUNGAI BULOH


Penjara Sungai Buloh, Selangor adalah merupakan institusi pertama saya dalam menjalani latihan praktikal selama 2 bulan. Banyak pengalaman yang saya perolehi semasa berada di sana. Pengalaman yang diperolehi adalah satu pengalaman luar biasa kerana, saya sendiri melihat secara dekat bagaimana banduan menjalani kehidupan mereka di sana. Kadang-kadang menyedihkan dan ada kalanya rasa geram dan marah. Bukan hati membenci dan menyisihkan golongan ini, tetapi mengapa memilih jalan hitam yang merugikan masa depan. Betul, bukan semua yang berada di sana bersalah, ada yang teraniaya, ada yang berkorban untuk orang tersayang dan macam-macam lagi. Pilu mendengar cerita mereka, apakan daya pertolongan yang boleh diberi selain nasihat dan semangat. Pengalaman melihat banduan akhir (gantung sampai mati) dengan mata sendiri amat meresahkan dan mendebarkan kerana memikirkan bagaimana mereka tenang menunggu hari kematian. Sahabat, banyak lagi sebenarnya yang ingin dikongsi bersama, Insyallah pada artikel yang seterusnya. Sedikit latar belakang Penjara Sungai Buloh :

• MULA DIBINA : JULAI 1992
• SIAP DIBINA : SEPT 1996
• MULA OPERASI : 02 NOV 1996
• KOS PROJEK : RM 173 JUTA
• KELUASAN KOMPLEKS : 204 EKAR
• KELUASAN PENJARA : 60 EKAR
• KAPASITI BANDUAN : 2500 ORANG
ADAB-ADAB MEMAHAMKAN ORANG BUKAN ISLAM TENTANG ISLAM
Adab-adabnya :

1. Yakin terhadap dakwah yang dibawa.

2. Dakwah itu satu jihad.

3. Contoh teladan yang baik.

4. Istiqamah.

5. Pengorbanan mengutamakan kepentingan orang lain dan ikhlas.

6. Sabar menghadapi gangguan.

7. Berlembut dan tidak berputus asa.

8. Memaafkan dan mengamalkan sikap toleransi.

9. Menjaga kehormatan diri dan bersikap zuhud terhadap apa yang ada di tangan manusia.

10. Tawaduk.

11. Menunaikan ibadah dan mengikuti perkembangan ibadah tersebut.
KAEDAH-KAEDAH MEMAHAMKAN ISLAM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
Kaedah-kaedahnya :

1. Mengikut manhaj al-Quran, para Nabi dan para ulama'.

2. Menumpukan kepada prinsip-prinsip Islam yang terbesar.

3. Berdakwah berdasarkan kefahaman dan ilmu pengetahuan.

4. Mengikuti hikmah dan pengajaran yang baik.

5. Berlembut dalam berdakwah.

6. Menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar.

7. Menggalakkan melakukan amalan (targhib) dan melarang melakukan kemaksiatan (tarhib).

8. Mengadakan perancangan dan mengikuti perkembangannya.

9. Meraikan keadaan semasa.

10. Menjauhkan diri dari perselisihan.
TEKNIK-TEKNIK MEMAHAMKAN ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP ISLAM
Ada beberapa kriterianya :

1. Berhubung dengan individu secara sulit diperingkat permulaan.

2. Perhimpunan umum.

3. Mengadakan dialog yang tenang, perbahasan yang berdisiplin, dan perdebatan dengan pemimpin-pemimpin agama di seluruh dunia.

4. Ceramah umum dan nadwah.

5. Penggunaan media massa moden.

6. Nasihat dan tunjuk ajar di Masjid, di dalam khutbah Jumaat dan khutbah dua hari raya.

7. Pengedaran buku-buku dan risalah kecil.

8. Memberi bantuan dan perkhidmatan.

9. Pembentukkan pendakwah yang faham.